Testimoni Saya Jesus datang ke kehidupan saya dan menyelamatkan saya ketika saya berusia 28 tahun. Saya berasa amat berputus asa, tetapi Dia memberikan saya cahaya ketika kehidupan saya dalam kegelapan. Saya berasa amat tertekan, tetapi Dia meringankan beban saya. Dia mengambil semua sumpahan daripada saya dan merahmati saya. Dalam tempoh 27 tahun, Dia sering berjalan bersama saya dan menunjukkan saya perkara yang saya tidak pernah fikirkan dulu.
Apabila saya menemui Jesus, saya sedang menulis disertasi PhD di SUNY Buffalo. Tetapi saya mngalami kesakitan bahu yang amat serius, malah tidak dapat menulis satu perkataan langsung. Apabila saya cuba membaca sesuatu, saya berasa kesakitan pada bahu. Kesakitan itu tidak berhenti-henti, dan menghilang seketika apabila saya berenang, bersukan, menari atau berseronok dengan kawan-kawan, tetapi kesakitan itu amat serius apabila saya menulis disertasi. Kesakitan sedemikian bertambah teruk apabila saya bertemu dengan teman lelaki saya. Semua ini disebabkan dosa dalam kehidupan saya. Saya mempunyai idea yang salah dan saya harus berasa jujur dengan perasaan saya dan mengikuti perasaan hati saya seperti mana apa yang dilakukan oleh orang muda. Saya mempunyai seorang teman lelaki selama 2 tahun, tetapi saya meninggalkannya ke lelaki lain. Saya tersangkut di antara kedua-dua lelaki dan menyeksa diri saya sendiri. Saya selalu berasa curiga terhadap teman lelaki baru saya dan berkelakuan pelik, seperti membaling barang ketika bergaduh dengannya. Perkara ini langsung tidak dalam kuasa saya. Saya langsung tidak dapat memahami diri saya, apakah sebabnya saya berasa sedemikian dan berkelakuan begitu pelik. Setiap pagi saya bangun dalam ketakutan dan kerisauan. Saya berasa saya terjatuh dalam lubang hitam. Percayalah saya, saya telah mencuba semua cara untuk menghilangkan kesakitan ke atas bahu. Satu hari saya menulis dalam diari saya:
"Saya amat penat. Saya tidak boleh hidup sedemkian. Kehidupan saya sudak hilang arah tuju. Haruskan saya mempercayai Tuhan?" Saya membesar dalam keluarga yang beragama Buddha, tiada seorang pun di sekeliling saya beragama Kristian and tiada seorang pun pernah bercerita dengan saya tentang Jesus. Saya dan kawan saya mengejek penganut agama Kristian, mengetawakan penganut Kristian. Kami sering berasa mereka bodoh. Bapa saya ialah seorang peniaga yang hanya fokus dalam dunianya sendiri. Ibu saya mempercayai pelbagai kepercayaan, termasuk tukang tilik, tetapi minatnya adalah pergi ke kuil agama Buddha dalam setiap bulan untuk membebaskan kura-kura dan ikan supaya mereka dirahmati oleh Buddha. Saya menghadiri kelab Pemuda Penganut Buddha dan tukang tilik seperti mana ibu saya lakukan. Tetapi Buddha tidak pernah menolong saya dalam kesusahan. Pada satu hari selepas perkataan Tuhan muncul dalam diari saya, seorang budak perempuan yang bernama Nansoo bersinggah di pejabat saya. Selepas berbual dengannya, dia berkata, "Ada satu kumpulan belajar kitab bible yang dianjurkan oleh pelajar Korea. Ramai daripada mereka sudah berkahwin. Kamu nak berserta?" Selalunya saya akan menolak jemputan sedemikian, tetapi ketika itu saya terlalu terdesak dan berfikir untuk mencuba mendapatkan bantuan daripada Tuhan. Jadi saya menghadiri Kumpulan Kitab Bible itu. Saya mempunyai banyak soalan tentang roh dan syaitan dan semua cerita dongeng. Tetapi mereka semua amat sabar. Saya ialah pelajar asing yang berkesunyian, jadi saya amat suka perjumpaan sedemikian kerana semua orang bermesra dengan saya. Selepas tiga bulan, pada satu hari saya tiba-tiba bangun pada pukul 5 pagi, perkara sedemikian tidak pernah berlaku. Tiba-tiba saya boleh memahami apa itu dosa, dan nampak diri saya betapa berdosanya. Saya pernah berkata, "Saya seorang yang baik, saya tidak pernah mencederakan siapa-siapa secara sengaja." Tetapi tiba-tibanya saya mendapati diri saya ialah seorang pendosa, begitu mementingkan diri sendiri dan kejam. Ketika cahaya matahari bersinar masuk kamu boleh nampak debu dan sarang labah-labah yang kamu tidak akan nampak ketika dalam kegelapan. Ini ialah satu Good Friday pada pukul 8 malam. Saya sedang memandu dalam perjalana Buffalo, New York dan menjumpai satu gereja Korea yang kecil. Pintu gereja itu terbuka. Saya memasuki gereja itu. Hari semakin gelap jadi tiada seorang pun di sana. Saya duduk di atas kerusi dan bermula berdoa. "Kepada Tuhan yang cintai, saya telah kehilangan kuasa ke atas hidup saya. Saya tidak tahu mana saya harus pergi. Saya memerlukan bantuan Anda. Sila datang ke hidup saya dan menguasainya. Saya menerima Jesus sebagai penyelamat saya." Saya mula berasa menyesal atas semua dosa yang saya lakukan. Saya merasai satu cahaya sedang menerangi bilik itu. Bau gereja itu begitu bagus. Saya merasai perasaan gembira dalam hati saya. Saya tahu Jesus sudah menghadirkan diriNya dalam hidup saya dan saya terselamat. "Jika sesiapa mempercayai kepada Kristian, dia ialah satu ciptaan baru; yang lama sudah pergi, yang baru sudah dilahirkan!" (II Corinthians 5: 17) Saya sudah berubah. Perasaan cinta memenuhi hati saya, dan saya sering bersenyum pada orang lain. Orang lain juga bersenyum pada saya. Semua masalah saya dengan teman lelaki saya telah diselesaikan macam itu. Dia telah melepaskan saya daripada kesusahan. Saya telah dibebaskan daripada belenggu dosa. Saya boleh meninggalkan teman lelaki saya, dan semua kecurigaan yang menyebabkan saya menjadi tawanan. Kesakitan atas bahu saya sudah hilang. Setiap pagi saya membaca kitab bible, berdoa dan bermula menulis disertasi saya. Walaupun saya sudah berhenti menulis melebihi satu tahun, sekarang saya boleh menghabiskan penulisan ini dalam masa dua bulan, seperti mana ada seseorang yang sedang membacakannya kepada saya. Saya terselamat! Melihat kembali dalam tempoh 27 tahun yang lepas, saya berasa kagum terhadap keanggunan Tuhan. Semua mimpin saya menjadi kenyataan, dan Dia memberikan saya mimpi dan wawasan yang baru. Dia memberikan saya seorang suami yang terbaik, dan dua orang anak lelaki yang baik, mereka ialah sumber kegembiraan saya. Saya mahu belajar teologi, Tuhan telah menolong saya mendapat MDiv dan ThM, malah sudah menjadi paderi madya. Saya tinggal dalam sebuah rumah yang cantik di A.S yang Tuhan berikan kepada kami. Saya mampu memberikan pendidikan terbaik kepada kedua-dua anak lelaki saya. Saya ialah seorang Ketua Pengarah kepada perniagaan saya yang sedang berkembang. Ya, saya pernah mengalami kesusahan dan cabaran, tetapi Tuhan membantu saya menjadi lebih kuat untuk menghadapi semua itu. Tuhan memberikan saya tiga cita-cita - yang pertama ialah mengembangkan sekolah saya menjadi saya sekolah antarabangsa yang terkenal, dan menjadi syarikat saya bernilai satu bilion dollar, membina 100 buah gereja di Asia. Cita-cita yang kedua ialah menjadi seorang Menteri dan Perdana Menteri untuk mengembangkan lagi nama Tuhan, kerana ini ialah apa yang belajari seluruh hidup saya. Tuhan memberikan saya wawasan ini dalam tahun 1989, walaupun ia seperti sesuatu yang tidak mungkin berlaku kerana saya sudah tinggal di Amerika Syarikat dan tidak berhasrat selama 13 tahun, saya percaya Dia akan mencapai rancanganNya jika ini ialah apa yang Dia hendak lakukan. Cita-cita yang ketiga ialah menjadi seorang paderi, melancong ke merata dunia untuk menyelamatkan orang-orang yang sakit dan membolehkan mereka mempercayai Jesus. Saya tahu saya terlalu bercita-cita tinggi, dan saya harus hanya fokus dalam satu cita-cita, terutamanya saya dalam usia yang muda. Jika saya boleh memilih, saya hendak memuja, menyembah dan menyaksi Jesus dalam kehidupan saya, wang dan kemasyhuran tidak bermaksud apa-apa kepada saya. Setiap hari hati saya berdebar dan berharap akan hadiah-hadiah dalam kehidupan yang akan diberikan oleh Bapa saya, hadiah-hadiah kehidupan itu seperti coklat dalam kotak coklat. Dia seorang yang baik dan Dia menyayangi anda juga.
The above Korean to Malay translation was provided by LA Translation.
|